Saturday, December 6, 2025

Tadi aku salah bukak box, ingatkan box mainan Imam.
Rupanya box barang berisi gambar dan beberapa fridge magnet.
Dalam tu jugak aku ada jumpa gambar yang sebelum ni kalau aku tengok, aku boleh menggila.

Tapi tadi, syukur alhamdulillah, aku boleh melihat gambar tu dengan perasaan 
"Oh, aku pernah ada di sini bersama-sama mereka".

Tak ada lagi rasa sakit hati,
Tiada benci,
Tiada marah,
Tiada kecewa, 
Tiada kesedihan.

At least sekaranglah.
Tak tahulah kalau kejap lagi aku terperangkap dalam kesedihan. 
HAHAHA, aku berharap tidak.

Apapun, aku bersyukur dengan apa yang aku rasa sekarang.
Segala puji bagiMu Ya Allah.
Kerana mengizinkan aku untuk melepaskan masa lalu dan kesakitan yang rasanya hampir membunuhku.
Acewah hyperbola pula.

Kejadian hari ini mungkin nampak kecil, 
Tapi bagi aku, tak pernah ada nikmat yang kecil.
Semuanya besar dan bermakna.

Tak ada istilah rugi atau sikit.
Bagi seseorang yang mendamba.
Bagi kita seorang hamba; yang awalnya tidak punya apa. :)





No comments:

Post a Comment