Friday, December 12, 2025

 

 "Aku lepaskan dia daripada tanggungjawab dan 
harapan bukan kerana ingin sendiri.
Tapi kerana jika dia mahu, pastinya dia akan lakukan sendiri."

Sometimes, we are not entirely helpless. 

Kadang pintu keluar tu Allah dah bagi depan mata,
cumanya kita yang mungkin belum sedia nak melangkah ke sana.

Kadang, mungkin kita fikir,

"Tak apalah, aku jalan je dulu jalan ini. Aku masih mampu jalani.
Buat ibadah dan mudah-mudahan mengumpul redha Illahi.
Nanti bila aku dah rasa cukuplah di jalan ini,
aku akan melangkah melalui pintu itu menuju jalan ibadah yang baru."

Hidup ini adalah perjalanan ibadah,
menuju destinasi syurga yang satu. :)

Thursday, December 11, 2025

Setiap hari upload status emoji hati pecah.
Nak keluar rumah cakap "Selamat tinggal" lah.

Malas nak layan, memang aku buat tak tahu je.
Bukan tak kesian tapi aku ada diri sendiri dan anak-anak yang perlu dijaga.
Dia sendiri sebagai suami gagal lindung aku daripada diri dia sendiri,
takkan aku nak musnahkan diri aku jugak?


Penat, serius penat dengan perangai orang macamni.
Daripada awal kahwin, dah dekat 8 9 tahun macamtu jelah.
Tak ada perubahan.
Lembik, ikut sangat emosi.
Lepas tu salahkan aku cakap suka paksa dia ikut cakap aku.
Cakap aku man of the house lah.
Perempuan dominan lah.
Eh hello, kau tu yang sejak kecik dipaksa ikut cakap mak bapak kau sampai kau tak boleh buat keputusan sendiri.
Sejak kecik semua mak bapak kau buatkan sampai tak pandai berdikari, tak boleh regulate emosi sendiri, lepas tu nak salahkan aku pulak.
Daripada drain energi aku, baik aku buat boundary.
Dah lah urusan rumah, anak-anak aku uruskan.
Kalau aku down, bukan dia boleh take over.
Buat aku makin penat je.


Wednesday, December 10, 2025

Ujian sebagai rahmat.
Ujian sebagai turning point ke arah lebih baik.
Kadang kita terlalu takut atau selesa dengan keadaan, 
lalu Allah hadirkan ujian sebagai push factor.
HIHI
Thank you, Allah.
I'll do the best I can do.  :D
Help me Ya Allah ❤️

AKU BOLEH BAWAK KERETA!
AKU BERANI BAWAK KERETA!

AKU BOLEH BAWAK KERETA!
AKU BERANI BAWAK KERETA!

AKU BOLEH BAWAK KERETA!
AKU BERANI BAWAK KERETA!

Tuesday, December 9, 2025

Bagi aku, dalam hidup ni mudah je.

Konsep cause and effect. 

Setiap apa kita buat akan ada akibat. 

Kalau kau taknak disakiti, jangan menyakiti.

Ni tak, kau melampaui batas, lepas tu bila orang balas, kau merentan, acah sedih, acah mangsa.

Apa kau fikir semua orang nak kena sabar dan terima je ke bila kau buat orang?

Sekali dua boleh lah sabar.

Tapi lagi dibiar lagi menjadi.

Tak boleh biar tau. HAHA

Monday, December 8, 2025

 


Harini dia sembunyikan lagi handphone aku.

Rupanya, sejak dia keluar hari Jumaat 5/12/2025 haritu, dia dah sembunyikan handphone aku.

Pagi tadi 8/12/2025 aku tanya dia baru dia pulangkan.

Lepas tu tahu-tahu dia sembunyikan balik.


Aku tahu, dia fikir dia buat untuk kebaikan aku. 

Well, dia dengan otak delusional dia.

Padahal aku memang tak guna phone, malas cari by choice.

Dia buat macam dia yang "tolong", "buat" untuk aku.

Well, sifat narsisis dia dah kembali guys.

Kalau aku tak tenang, aku rasa boleh gila.

Tak boleh ke dia cakap dengan aku?

How stupid he thinks I am?

Padahal aku memang tengah cut phone.

Dia nak rembat kredit pulak.

Aku kena tenang hadap semua ni.

Aku boleh!

Ya Allah, bantu aku Ya Allah.

Beri aku jalan keluar Ya Allah.